Teknologi Fizik
Fizik merupakan antara salah
satu cabang dalam Sains yang banyak menyumbang dalam penghasilan teknologi
baharu yang digunakan dalam kehidupan seharian ini untuk pelbagai tujuan
seperti penciptaan alat baharu, berkomunikasi jarak jauh, menghantar maklumat
dan sebagainya. Dalam Fizik terdapat beberapa sub-bidang iaitu Nanoteknologi,
Bio-fizik dan Teknologi Enjin Hybrid. Teknologi-teknologi baharu yang
dihasilkan ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan setiap
hari. Menurut (Bruce J. Hunt, 2010), penyatuan “Sains” dan “teknologi”
merupakan satu perkara yang telah membawa perkembangan kepada penghasilan
teknologi yang lebih canggih untuk manfaat semua manusia.
2.0
Teknologi Terkini Bidang Fizik
2.1 Nanoteknologi
Nanoteknologi
ialah bidang yang melibatkan pengawalan dan pembinaan struktur jirim atau
peranti pada sekala atom atau molekul pada 100 nanometer. Teknologi nano ini
bermula pada tahun 1980-an dan pengaplikasian teknologi ini dapat dilihat pada
awal tahun 2000. Konsep asal diperkenalkan oleh seorang ahli fizik America
iaitu Richard Feynman dan dikembangkan oleh Norio Taniguchi dan K. Eric Drexler
Teknologi ini dihasilkan bertujuan untuk mencipta teknologi-teknologi baharu
seperti penapis air nano, panel solar nano dan sebagainya. Teknologi-teknologi
ini dihasilkan di peringkat atom. Hal ini kerana, apabila sesuatu susunan atom
itu berubah maka sifat bahan yang terbentuk juga berubah. Antara contoh Nanoteknologi
seperti nano-cip yang digunakan dalam peranti elektronik, Nanopartikel dalam
ubat-ubatan dan alatan sukan yang dibina menggunakan teknologi nano. Menurut
(David Wood, 2018) teknologi dapat dilihat penggunaannya dalam mencipta sut
angkasa untuk angkasawan.
Menurut (Jeremy
Ramsden, 2016) Nanoteknologi ini memberikan tiga kelebihan yang nyata iaitu
pertama Nanoteknologi dapat mewujudkan bahan-bahan baru melalui gabungan
unsur-unsur nadir. Kedua, menghasilkan teknologi fabrikasi barangan yang
universal. Ketiga, peranti dalam skala nano memerlukan bahan yang kurang untuk
membuatnya dan menggunakan kurang tenaga dan bahan serta fungsinya boleh
dipertingkatkan dengan mengurangkan ciri dimensinya. Melalui teknologi ini kekuatan, ketahanan,
kecekapan dan peratusan kejayaan sesuatu dapat ditingkatkan. Aplikasi Nanoteknologi
dapat dilihat dalam pembuatan alatan sukan seperti raket badminton, kasut,
stoking dan sebagainya. Dalam bidang perubatan Nanoteknologi digunakan untuk
merawat penyakit seperti kanser dengan menghantar ubat terus ke sel sasaran.
Nanoteknologi memberikan alatan yang mempunyai kualiti yang terbaik untuk
kegunaan seharian.
2.2 Teknologi Enjin Hybrid
Teknologi
Enjin Hybrid ialah kenderaan yang menggabungkan dua atau lebih bahan api untuk
bergerak secara tidak langsung menjimatkan minyak. Menurut (Konrad Reif, 2014)
kenderaan hybrid menggunakan pembakaran dalaman (Internal Combustion Engine)
(ICE) dan mempunyai sekurang-kurangnya
satu motor elektrik (mesin elektrik) dan mempunyai bateri untuk menyimpan
tenaga elektrik yang dihasilkan melalui pergerakan motor. Menurut (Mehrdad
Ehsani, Yimin Gao, Stefano Longo, Kambiz Ebrahimi, 2018) menyatakan enjin
hybrid menggunakan bahan api yang sedikit untuk mengerakkan motor melalui
pembakaran (ICE) dalam sesebuah kenderaan hybrid. Hal ini menyebabkan, kurang
gas-gas yang berbahaya seperti karbon monoksida dan karbon dioksida dibebaskan
oleh kenderaan enjin hybrid.

![]()
Menurut
(Chris Mi, M. Abul Masrur, 2017) motor enjin elektrik dapat meningkatkan
kecekapan dan mengurangkan penggunaan bahan api melalui penjanaan semula tenaga
berbentuk kinetik semasa kenderaan bergerak. Hampir semua kenderaan pada masa
sekarang menggunakan teknologi hybrid. Terdapat tiga jenis enjin hybrid iaitu
enjin hybrid secara siri, parallel dan gabungan siri-paralel. Penggunaan lebih
banyak kenderaan yang menggunakan enjin hybrid bertujuan untuk meminimumkan
penggunaan bahan api dan mengurangkan pencemaran udara. Hal ini dikatakan
demikian kerana, sumber bahan api seperti petrol dan diesel pada ketika ini
semakin berkurangan.
2.3 Teknologi dalam Perubatan

Penggunaan fizik juga dapat dilihat
dalam bidang perubatan. Antara teknologi fizik dalam perubatan ialah Ultrabunyi,
X-ray, pengimbas Magnetic Resonance Imaging (MRI), ubatan pada skala nano dan
sebagainya. Penggunaan teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti
rawatan penyakit. Sebagai contoh, Ultrabunyi banyak digunakan dalam perubatan
terutamanya untuk mencari punca penyakit dalam bidang patologi dan hasilnya
dipaparkan dalam bentuk sonogram. Ultrabunyi merupakan gelombang bunyi
berfrekuensi tinggi (>20,000 Hz)
yang tidak dapat didengar oleh telinga manusia. Menurut (John S. Mattoon,
Thomas G. Nyland, 2014) frekuensi yang biasa digunakan dalam diagnosis ialah
ultrabunyi ialah diantara 2 – 15 Mhz manakala (20 – 100 Mhz) digunakan dalam
ocular (berkaitan mata) dan dermatologi. Kemajuan MRI telah berjaya membantu doktor
merawat pesakit dengan lebih berkesan. Hal ini kerana, menurut (Mark Nadeski
dan Gene Frantz, 2017) MRI memberikan hasil gambaran imbasan otak yang lebih
jelas untuk melihat sebarang perubahan. Perubahan yang menyebabkan masalah pada
otak dan membantu doktor untuk memberikan rawatan yang sesuai untuk merawat
pesakit tersebut.
![]()
2.4 Teknologi dalam Pertanian
Tumbuhan yang wujud sekarang merupakan evolusi
daripada tumbuhan yang primitif. Evolusi ini mengambil masa yang lama untuk
menghasilkan tumbuhan-tumbuhan baru seperti yang wujud sekarang. Oleh itu,
dalam bidang fizik nuklear, saintis telah mempercepatkan proses evolusi.
Menurut Sanderson (dalam Colin E. Hughes dan Guy W. Atchison, 2015) pokok yang
didedahkan kepada radiasi akan mempercepatkan proses evolusi dan seterusnya
menghasilkan spesis baru. Hasilnya, pelbagai tumbuhan baru dapat dihasilkan dan
mempunyai kualiti seperti kaya dengan khasiat, tahan cuaca yang ekstrem dan
mempunyai adaptasi yang menghalang serangga daripada mendekatinya. Menurut (Dean
Poplawski, 2015) saintis telah mengabungkan dua spesis pokok yang berbeza dan
mendedahkannya dengan radiasi daripada bahan radioaktif untuk memutasikan DNA
(Deoxyribonucleic acid) pokok dan menghasilkan spesis yang baru. Pokok padi
merupakan tumbuhan yang telah berjaya dimutasikan kerana padi merupakan makanan
utama di sebahagian negara. Jelaslah teknologi nuklear ini membantu bidang pertanian
menghasilkan sumber makanan daripada tumbuhan untuk manusia
2.5 Teknologi dalam
Pengangkutan
Kereta, bas, kapal terbang dan kereta api
merupakan pengangkutan yang penting kepada manusia untuk bergerak dari satu
tempat ke tempat lain. Terdapat penciptaan teknologi yang membantu dalam
memendekkan jarak perjalanan. Sebagai contoh Kereta api Maglev yang
mengaplikasikan konsep fizik magnetik. Kereta api Maglev ini bergerak tanpa
menyentuh landasannya dan dilihat seakan-akan terapung. Menurut (Louise
Spilsbury, Richard Spilsbury, 2016) kereta api ini menggunakan pengangkatan
magnetik di mana kereta api terapung di atas landasan menggunakan prinsip
penolakan magnetik di mana terdapat dua kutub magnet utara dan selatan pada
landasan tersebut yang membolehkan kereta api ini bergerak dengan laju dan
kurang geseran. Perkembangan teknologi Kereta api Maglev ini telah
mempercepatkan masa perjalanan jarak jauh. Contoh, di Jepun Kereta api Maglev
ini digunakan sebagai pengangkutan seharian penduduk Jepun. Seterusnya,
teknologi dron yang membolehkan kenderaan seperti pesawat dan jet pejuang
diterbangkan tanpa juruterbang. Dron ini dikawal menggunakan komputer dari
jarak jauh. Menurut (David Williams, 2015) teknologi dron ini digunakan untuk
pelbagai tujuan seperti penghantaran barang, pemantauan lalu lintas dan
penerokaan tempat-tempat yang tidak dapat dicapai oleh manusia.
![]()


![]()
Perkembangan
dan kemajuan sains dan teknologi telah membawa satu perubahan yang besar kepada
dunia terutamanya. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui kemajuan
teknologi yang didasari oleh sains pelbagai alat-alat dapat dicipta untuk
kegunaan manusia sejagat. Penciptaan alat-alat ini bertujuan untuk membantu
manusia untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, suatu ketika dahulu untuk berkomunikasi dengan individu yang
berada jauh hanya menggunakan surat. Setelah itu, wujudnya mesin telegraf yang
dicipta oleh seorang warga Amerika Syarikat iaitu Alexander Bain dan Samuel
F.B. Morse untuk memudahkan proses mengirim dan menerima pesanan dari jarak
jauh. Sekarang, komunikasi jarak jauh hanya berlaku dalam masa beberapa saat
sahaja iaitu melalui peranti telefon pintar yang beroperasi hanya dengan
menggunakan gelombang. Jelaslah, perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi
telah membawa perubahan dalam ketamadunan manusia di dunia ini.
Comments
Post a Comment