Teknologi Fizik
Fizik merupakan antara salah satu cabang dalam Sains yang banyak menyumbang dalam penghasilan teknologi baharu yang digunakan dalam kehidupan seharian ini untuk pelbagai tujuan seperti penciptaan alat baharu, berkomunikasi jarak jauh, menghantar maklumat dan sebagainya. Dalam Fizik terdapat beberapa sub-bidang iaitu Nanoteknologi, Bio-fizik dan Teknologi Enjin Hybrid. Teknologi-teknologi baharu yang dihasilkan ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan setiap hari. Menurut (Bruce J. Hunt, 2010), penyatuan “Sains” dan “teknologi” merupakan satu perkara yang telah membawa perkembangan kepada penghasilan teknologi yang lebih canggih untuk manfaat semua manusia. 2.0 Teknologi Terkini Bidang Fizik 2.1 Nanoteknologi Nanoteknologi ialah bidang yang melibatkan pengawalan dan pembinaan struktur jirim atau peranti pada sekala atom atau molekul pada 100 nanometer. Teknologi nano ini bermula pada...